-pembimbing rakan sebaya-




(pandangan dari depan)


LAMAN WEB SKOLAH

ETIKA PRS

PRS perlu patuhi kepada etika berikut:-

1.Amanah dan menyimpan rahsia.

2.Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

3.Tahu batasan dan keupayaan diri.

4.Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.

5.Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atauang lain.

6.Merujuk kes rumit kepada guru Bimbingan dan Kaunseling.

7.Mematuhi peraturan sekolah,norma masyarakat dan agama.

PEMBIMBING RAKAN

SEBAYA(PRS)



PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya. terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah –sekolah menengah seluruh MALAYSIApada tahun 1987.



PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.

1.1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

1.2. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.



FALSAFAH

BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN "



VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA yang cemerlang dan berkualiti.


MISI

Membentuk dan melahirkan insan yang cemerlang dari aspek jasmani , emosi ,rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.



MATLAMAT

*Membina budaya kasih mesra dan saling Bantu membantu di kalangan pelajar.

*Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilaimurni berasaskan kepada kepercayaan kepada TUHAN.

*Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka , bertimbangrasa ,rela , taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

*Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain , PRSdapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.

IKRAR PRS

Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) sesi pagi

1.Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yg diberikan tanpa mengira tempat,masa dan rakan.

2. Berpeganag teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.

3. Beusaha menjadi pelajar contoh.

4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.

5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih saying.

6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

PERANAN PRS

> Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

> Sebagai khidmat sokongan,PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunselingdi sekolah.

> Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.

> Sebagai penghujung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.

> Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.

> Sebagai ROLE MODEL kepada pelajar lain.

>Menjadi fasilitor yang bersikap terbuka,yakin dan percaya diri,berasa selesa dan berempati.

> Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

>Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan.

>Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.

>Menyedari bahawa bukan semua masalh boleh diatasi.

>Berbincang dan membantu rakan yang menghidapi masalah biasa/normal.

>Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelasaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.

>Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.

>Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu

PENGERUSI

PN SITI ZAHORA

(Guru besar)




PENASIHAT

PN MAZEETA

(GPK Kurikulum)

SETIAUSAHA

EN RABUNI

(Guru Bimbingan & Kaunseling)



BENDAHARI


PN FATIMAH ZAHRAH





PENGENALAN

Dalam meningkatkan pr
estasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita perlu sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk masa hadapan negara. mereka perlu dibimbing sebaik-baiknya, bukan sahaja dari segi intelek tetapi jugadari segi rohani,emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

· Melahirkan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berwibawa di kalangan rakan sebaya.
· Membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan semaangat kepimpinan.
· Menyedari tentang potensi diri dan kebolehan serta memupuk pelbagai kemahiran sebagai pemimpin.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan pelajar yang akan menjadi sasaran untuk kursus ini adalah terdiri dari ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya.


AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat
Puan Siti Zahora Binti MD.Nor
(Guru Besar SK Bandar Rinching)

Pengerusi
Puan Mazeeta Binti Mustapha Yahya
(GPK Kurikulum)

Penyelaras Kursus
Cik Norliana Binti Samsuri
Cik Salina Binti MD.Yusof @ MD. Zain
(Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling)

Setiausaha
Encik Rabuni Bin Hamdan
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)


Bendahari
Puan Fatimatun Zahrah Binti Ghazali





AHLI PRS
Muhamad Daniel Bin Azhar
Muhammad Nur Hafez Bin Busra
Fatin Shamira Binti ABD Razak
Shallu A/P Krishnan