Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya. terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah –sekolah menengah seluruhMALAYSIApada tahun 1987.
PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.
1.1.Bersedia dan relamembanturakan yang memerlukan bantuan tanpamengira agama, bangsa,jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
1.2.Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
FALSAFAH
“BANTUDIRI SUPAYA BERUPAYAMEMBANTUORANG LAIN "
VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA yang cemerlang dan berkualiti.
MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang cemerlang dari aspek jasmani , emosi ,rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.
MATLAMAT
*Membina budaya kasih mesra dan saling Bantu membantu di kalangan pelajar.
*Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilaimurni berasaskan kepada kepercayaan kepada TUHAN.
*Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka , bertimbangrasa ,rela , taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
*Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain , PRSdapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) sesi pagi
1.Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yg diberikan tanpa mengira tempat,masa dan rakan.
2. Berpeganag teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
3. Beusaha menjadi pelajar contoh.
4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih saying.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.
PENGENALAN Dalam meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita perlu sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk masa hadapan negara. mereka perlu dibimbing sebaik-baiknya, bukan sahaja dari segi intelek tetapi jugadari segi rohani,emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF · Melahirkan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berwibawa di kalangan rakan sebaya. · Membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan semaangat kepimpinan. · Menyedari tentang potensi diri dan kebolehan serta memupuk pelbagai kemahiran sebagai pemimpin.
KUMPULANSASARAN Kumpulan pelajar yang akan menjadi sasaran untuk kursus ini adalah terdiri dari ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya.
AHLIJAWATANKUASAINDUK
Penasihat Puan Siti Zahora Binti MD.Nor (Guru Besar SK Bandar Rinching)
Pengerusi Puan Mazeeta Binti Mustapha Yahya (GPK Kurikulum)
Penyelaras Kursus Cik Norliana Binti Samsuri Cik Salina Binti MD.Yusof @ MD. Zain (Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling)
Setiausaha Encik Rabuni Bin Hamdan (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari Puan Fatimatun Zahrah Binti Ghazali
AHLI PRS Muhamad Daniel Bin Azhar Muhammad Nur Hafez Bin Busra Fatin Shamira Binti ABD Razak Shallu A/P Krishnan